Khamis, 27 September 2012

Sedang Dalam Pembinaan

Ayam jantan Qoyyum yang hebat. Kuat makan tapi kuat bejalan jugak.
Yang ni baru turun dari menetas. Qoyyum kurung pasal dia bawak anak masuk hutan, nanti biawak makan anaknya.

Ni ayam 'satu geng namanya" ayah kurung pasal 6 ekor ni pernah jadi pembunuh kepada 2 ekor anak ayam yang dimasuk dalam kandang tu. Jadi ayah kurung sampai besor le gamoknya.
Yang kat atas ni geng ayam yang jenis penakut. Tapi kuat bejalan masuk semak. Last2 kena kurung baru tahu.

Yang ni proses mengeram telor ayam belanda. Pasni lebih best lagi boleh main dengan ayam belanda.
Ayah kata kalu jadi netas 3 minggu lagi ada le anak dia.


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Qoyyum,

    Cluck, cluck!
    Tima kasih baca blog Opah. Baru 4 tahun dah pandai menaip, cayalah. Ke ayam yg dah 4 tahun. Buat makan ke buat hiasan ayam2 tu? Buat makan lagi sedap kot? Ayam serama takde kat Turki, ayam biasa jer. Opah baru update blog tadi tapi isi tak banyak sebab penat lagi pas koje mengutip hazelnut! Kim salam kat Mok dan Pok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam Opah Yong. Bukan 4 tahun la tapi tahun 4 maknanya umur 10 tahun la, tahun depan darjah 5. Kakak (kakngah)dan abang(along) Qoyyum yang ajar komputer ni. Ayah pun ada ajar juga. Ayah ajar bela ayam dan suka bawak raun pusing kampung tengok-tengok ayam orang kampung. Ayah suka cakap pelat kampung, bahasa lama-lama orang perak kata ayah.
      Keluarga kita orang suka makan ayam bela sendiri. Tapi ada juga ayah jual ayam pada kawannya siap sembelih lagi. Ok tadi Qoyyum dah komen kat blog Moh Kembara Opoh Yong, bye-bye!

      Padam