Ahad, 2 Mac 2014

Budak Sekolah Kampung

Assalamualaikum....dah lama Qoyyum tak masuk blog sini. Tahun ini dah darjah enam. Mak dan Ayah kata mesti tumpu pada periksa. Insya Allah Qoyyum akan buat dengan baik. Masa sembahyang ikut ayah di masjid Qoyyum akan baca doa minta lulus periksa.
Jom pergi sekolah. Basikal pun ada banyak bendera, sambut merdeka. Bye...bye...

Rabu, 4 September 2013

AYAM BELANDA @ AYAM KLUK KLAK

itik dan ayam sedang mesyuarat takut kenan sembelih raya haji nanti.


itik dan ayam kampung jugak nak ikut mesyuarat

Ayam belanda, ayam peru, ayam kluk klak....memacam nama orang bagi.
Ayah kata raya haji ni ada yang kena korban....haa...haa..nasib la mana satu yang kenan nanti.

Selasa, 3 September 2013

Pergi Umrah

N3 ini tertangguh. Sebelum raya tu dan terbit tapi ada gangguan. Qoyyum buat semula, sebab seronok tengok gambar-gambar masa pergi umrah cuti sekolah hari tu. Qoyyum pergi dengan emak dan ayah. Along, Kak Ngah, Bang Chik  dan Kakak Dillah ayah kata tunggu rumah dan jaga Opah.
Best naik kapal terbang. Kat airport KLIA lagi best, besar dan paling cantik.
Jom tengok gambar masa pergi umrah kami.

ni kat KLIA tunggu nak naik kapal terbang.

nak masok ke tahan dengan polis airport cek paspot, ha...ha...ha....Qoyyum orang pertama yang masuk dulu.

dah masuk kapal terbang...besar...

duduk sebelah emak...tapi ayah kat sebelah tepi sama dengan orang Pakistan..tepi tingkap.

bila masuk kapalterbang perut pun lapar 5 jam tunggu kat airpot tadi....apa lagi makan le....sedappppp...

masa ni singgah tukar kapalterbang dekat Islamamad Pakistan...dari jam 2 sampai jam 4.30 pg...baru berlepas semula.
 4 jam lebih menunggu.

Gambar dari tepi tingkap dah nampak Jeddah.


 Ini di masjid Qubba, ayah kata solat kat sini pahala besar sama macam buat umrah.

 Dengan emak di dataran bukit uhud depa makan para shuhada...ada makam Saidina Hamzah dan lain-lain.

Besarnye dalam perut kapalterbang Pakistan Air ni.

selamat mendarat kat Jeddah....alhadulillah kami semua sampai dah tanah arab...kata ayah.

mak tarik troli kat airpot Jeddah untuk naik bas pegi ke Madinah.

singgah solat di....tak tahu kat mana masa perjalanan ke Madinah.

depan bas kat madinah tempat hotel kami duduk, kecik je hotelnya...tapi penuh sesak dengan orang.

Masa Maghrib kami mula masuk Masjid Nabawi. Besarnya, ada banyak payung besar, banyak lampu dan ada beribu-ribu orang setiap masa.

Qoyyum best tengok payung besar ni, kalau kat Malaysia ni ada kan best, sebab selalu hujan, tapi kat sini tak ada hujan.

ini kat  sebelah makam Nabi Muhammad SAW di Raudah Masjid Nabawi

masa tunggu solat asar kita orang baring-baring rehat.

yang baju biru tu tukang cuci masjid. dia orang rajin.

masa ini buah kurma warna hijau, ayah kata lagi sebulan nak masak.

singgah untuk buat  niat  ihram masa ke Mekah dari Madinah. 

Ini gambar paling best dalam hidup Qoyyum dengan emak tersayang..depan kaabah.
kami dah selesai umrah pertama pada jam 3 pagi. lepas tu tunggu sampai masuk solat subuh. Rasa seronok dan besyukur kerana sampai jugak tengok depan mata Kaabah rumah Allah.

depan Masjidilharam yang cantik.

atas jalan raya yang sebok nak balik ke hotel.
 Kat tangan tu gula gula lolipop...ha..ha..ha..ada pak arab bagi tadi.

melancung dan jalan-jalan sekitar Mekah. Ni kat Jabul Nur.

depan pintu Kaabah dalam muzium

mak dan ayah...lepas melancung mak dan ayah terus buat umrah lagi...tapi hari ni Qoyyum balik hotel dan rehat je.

kat ladang unta..best minum susu unta.

apa macam ada macam pak haji tak...atau macam anak pak haji...ha..ha..ha....insya Allah...

Assalamualaikum...ya habibi... kat belakang tu menara hotel zam-zam, ada jam besar boleh nampak dari jauhhhhh......betul.

lepas solat isya naik kat atas masjidilharam...malam ni ramai betul orang buat tawaf.

umrah kali ke 3 Qoyyum...muka kelat panassss, ayah kata suhu 45 ke 47 darjah.

dataran sebelah hotel kami...banyak burung merpati sedang makan...ramai orang bagi gandum. kalau kat kampung ayam Qoyyum makan mewah macam ni kan bagus, cepat besar ayam-ayam tu.

hari akhir ke 14. lepas buat tawaf widak, ayah kata tawaf selamat tinggal masjidilharam. ayah dan mak sedih pasal nak balik dah. Ayah kata nanti nak datang lagi buat haji dan umrah nak bawa semua, along, kakngah, bangchik dan kakdillah...tapi qoyyum pun nak ikut jugak...pasal qoyyum paling kecik, siapa nak jaga..haaaaa.

masa ni kat laut merah jeddah., best angin kuat dan sejuk sikit. kat belakang tu  masjid terapung.

depan masjid 

kat bukit memanah di jabal Uhud. kami naik mendaki. ayah kata kat sini le perang uhud.

Kat belakang tu Jabal Nur

bagi makan unta...unta ni binatang yang paling baik dan jinak...kalu bela unta labi best le...ayam kecik tak boleh naik belakang dia. masa qoyyum bagi makan dia diam je...baik betul...tapi sian pak arab tu asyik picit tetek unta je, ambil susu dia.

hari ni kami jalan-jalan kawasan kampung kat mekah, pegi rumah saudara kawan ayah kat sebuah bukit.

kami naik beratus anak tangga....penat betul.

masjid terapung laut merah, Jeddah

 nak balik dah....kat airpot terminal haji Jeddah.

naik kapal terbang Pakistan Air    (PIA)

Okey sampai situ dulu....