Isnin, 29 Oktober 2012

Korban Ayam Belanda

Ayah korbankan seekor ayam belanda. Qoyyum tolong ayah cuci ayam untuk buat lauk rendang makan dengan lemang. Besar ooo ayam  ni, dekat 5 kilo sekor tu. Siannn dia, tapi apa nak buat untuk lauk raye kata ayah. Dagingnya sedap, mak buat rendang dapat satu kuali besar, best.

Ahad, 21 Oktober 2012

Selamat Lahir Buat Baby Ciken Baru

Qayyum rasa paling best hari ni....baby ciken yang baru dah menetas 4 ekor. Anak ayam belanda. Tak sampai 30 hari lahir menetas. Comel2 baby ciken ni.




Ahad, 14 Oktober 2012

Tak sabar nak tunggu anak ayam baru.

Masuk hari ni udah 2 minggu lebih. Maknanya ada seminggu lebih je lagi telor-telor ayam ni akan menetas. Qoyyum suka anak ayam kecil yang comel-comel, bulunye halus dan lembut. Tak macam bapak ayam kasar dan garang.

Khamis, 27 September 2012

Sedang Dalam Pembinaan

Ayam jantan Qoyyum yang hebat. Kuat makan tapi kuat bejalan jugak.
Yang ni baru turun dari menetas. Qoyyum kurung pasal dia bawak anak masuk hutan, nanti biawak makan anaknya.

Ni ayam 'satu geng namanya" ayah kurung pasal 6 ekor ni pernah jadi pembunuh kepada 2 ekor anak ayam yang dimasuk dalam kandang tu. Jadi ayah kurung sampai besor le gamoknya.
Yang kat atas ni geng ayam yang jenis penakut. Tapi kuat bejalan masuk semak. Last2 kena kurung baru tahu.

Yang ni proses mengeram telor ayam belanda. Pasni lebih best lagi boleh main dengan ayam belanda.
Ayah kata kalu jadi netas 3 minggu lagi ada le anak dia.


Rabu, 26 September 2012

Projek Besokan Reban Ayam

Hari ni ayah mula buat reban baru. Ayah kata nak besokan projek mela ayam kg. Takat ini banyok kawan2 ayah nak makan ayam kg. Qoyyumpun suka makan ayam kg, daginnya sedap dan best. Kalu buat rendang kadang2 sedap juga, tapi kalu emak buat pedas tak le best sangat.
Bulan sudah ayah dah mula pacak tiang reban. Beso juga saz reban kali ni. ayah  runtuh rumah buruk lama atok dulu dan naikkan semula atas tapak itu. Along dan Bangcik tolong ayah pasang rangka dan naikkan atap. Qoyyum tolong juga unjuk apa2 kalu ayah minta.
Reban lama ada banyak, tapi kecik2 belaka. Aanak ayam makin banyak tempat makin kecik, tu yang ayah nak buat reban baru, lebih selesa dan mudah nak urus ayam2 kata ayah.

Rabu, 19 September 2012

Salam Perkenalan Buat Semua Pembaca

Blog ini diuruskan oleh Qoyyum. Sebagai anok tempatan, Anok Kampung  sekitar pekan Manong Kuala Kangsar Perak.
Pengisian ?????
Tak tau apa keutamaan pengisian blog ini...tetapi sesuatu yang dibuat pastinya ada matlamat. Paling tidak pastinya ianya mempunyai bahan yang untuk dikongsi umum, diiklan dan juga sebagai catatan buat diri sendiri dan kaum keluarga atau sesape saja.
 Pastinya sebagai anak kampung JB bahasa Qoyyum lepas ni banyak menggunakan bahasa seharian loghat tempatan.
Ayam Didik Qoyyum banyak mengisahkan suasana dan pengkisahan seharian gelagat Qoyyum dengan ayam-ayam peliharaan. Selamat mengikuti bloh Ayam Didik Qoyyum.